Pencuci mulut, snek manis dan minuman Masakan_Thailand

Pencuci mulut dan snek manis

Khao niao mamuang, Mangga Thai dengan pulutChao kuai di pasar petang Ahad di Chiang Mai

Sebahagian besar makanan Thai ditamatkan dengan buah-buahan segar tetapi kadang-kadang snek manis akan dihidangkan sebagai pencuci mulut.

  • Chao kuai - cincau sering dihidangkan dengan ais parut dan gula perang.
  • Khanom bua loi – keladi dicampur dengan bebola tepung ke dalam santan.
  • Khanom chan – pelbagai lapisan tepung pulut berperisa pandan dicampur dengan santan.
  • Khanom mo kaeng - puding manis bakar yang mengandungi santan, telur, gula kelapa dan tepung, ditaburkan dengan bawang goreng manis.
  • Khanom tan – kek mini kelapa berperisa dengan kelapa parut di atas.
  • Khanom thuai talai' - jeli kelapa dan krim manis kukus
  • Khao niao mamuang - pulut dimasak dalam santan pekat manis, dihidangkan dengan hirisan mangga masak.
  • Lot chong nam kathi – mi tepung beras berperisa pandan dalam santan, sama dengan cendol.
  • Ruammit – bahan-bahan campuran, seperti buah berangan yang diliputi dalam tepung, nangka, akar teratai, ubi kayu, dan lot chong, dalam santan.
  • Sangkhaya fak thong - kastard kelapa dan telur dihidang dengan labu, sama dengan jem kelapa dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.
  • Tako - puding kelapa dengan bauan wangi jasmin diletakkan dalam cawan daun pandan.

Minuman

Minuman beralkohol yang lain dari Thailand termasuk wiski Mekhong dan Sang Som, dengan dua jenama bir terbesar iaitu Singha dan Chang.

Rujukan

WikiPedia: Masakan_Thailand http://www.ethnologue.com/show_country.asp?name=TH http://www.foodmarketexchange.com/datacenter/produ... http://www.seeyouinthailand.com/activities/9 http://dmoz.org/Home/Cooking/World_Cuisines/Asian/... http://www.fao.org/DOCREP/MEETING/004/Y1982E.HTM#P... http://www.dnp.go.th/FOREMIC/NForemic/this_month/O... http://thailand.prd.go.th/ebook/kitchen/content/ch... http://thailand.prd.go.th/view_inside.php?id=715 https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Cuisin...